Sunday, June 21, 2009

5 jam. 5 pagi. 4 kali + 1 time out.

Aku

mahu

tidur

cukuplah

cukuplah

cukuplah

perlu

tenaga

.................. CUT!!!

Eh, ponteng kuliyah pula aku kali ini. Maaf, tapi 5 jam straight, 4 kuliyah (eh, tipulah, ada break 15 minit antara kuliyah ke-3 dan ke-4. Ada juga break seciput antara kuliyah ke-2 dan ke-3, tak sempat beli sarapan bagi mereka yang tak mahu melanggar peraturan) sebelum waktu rehat tengah hari. Mula pula pukul 8.00 pagi. Mahu beli sarapan pula... Kafe Oren itu kan hampir 24/7 penuh, panjang saja barisan para pelanggan yang beratur untuk membayar (tadi barisan panjang, ekornya di luar Kafe Oren). Tekanan 'Sunday blues' (di negeri lain adalah 'Monday blues') pula aku jadinya. Terus batalkan niat mahu ke kuliyah 2.00 tengah hari ini kerana kononnya lambat setengah jam dah (tersekat aku dalam 'traffic jam' dalam kawasan hospital. Membuatkan aku rasa jelak dengan pentadbiran kerana masalah ini dah ada bertahun-tahun). Muak lagi aku mendengar perkataan 'Apex university'. Tambahan, malam tadi aku dapat tidur tak sampai 2 jam akibat... adalah. 4 kali bangun sudah. 3.00am+. 4.00am sharp. 5.00am sharp. 5.20am (yang ini paling aku tak tahan).


Rasa macam mahu mencarut pun ada, tapi salah sendiri juga sebab tak keluar dari hostel awal-awal. Lagipun... aku mahu kurangkan mencarut. Tak mahu melatah perkataan kasar. Tak mahu melatah lagi. Malu gils. Tapi aku masih mahu buat emoticon (c=_=).I. Hahaha.


Penatnya. Tidur dulu. 4.00petang ada lagi

p/s: Sila baca berita ini. Macam mahu gelak pun ada :P

2 comments:

mellie said...

hahahah!! itu emoticon mencarut ke?? comeeel!

zahirah ardy said...

yea, but i don't think it's any of what you guys would call toshibasashimisuzukitoyotahonda! XD that's original dude, originalllll hoho~