Tuesday, June 30, 2009

don't need to

Kau tak perlu guna pakai setiap perkataan, perbuatan, dan lagak aku. Kau tak perlu jadi seperti aku. Kau tak perlu terlampau mencuba untuk bercampur dengan kawan aku... kerana bagaimanapun kau cuba menipu diri sendiri, aku, atau yang lain, percayalah bahawa kami dapat melihat diri kau yang sebenar... kerana tiap satu kita ada kelemahan. Ternyata kau tidak bijak memanipulasi mimik mukamu dan aku sememangnya seorang pemerhati sejak dulu lagi. Aku lebih gembira jika kau tetap menjadi kau, dan aku tetap adalah aku. To befriend another me is at the bottom of my to-do list. And to force me to do so, only pushes further from you. "Ah, syok sendiri ja si penulis", barangkali itu yang berada dalam pemikiran pembaca. Mungkin kau perlu berada dalam tempatku. Percayalah, sudah beratus-ratus kali aku cuba membangkang pemikiran sendiri.


Lagi kecil hatiku apabila kau memperalatkan aku untuk agenda kau yang tersendiri. Benar, kita masing-masing mempunya agenda tersendiri dalam setiap persahabatan. Aku mahu berkawan dengan kau kerana aku perlukan teman. Itu adalah agenda aku. Sebab fitrah manusia itu kan tidak berupaya berdiri berseorangan. Aku mahu berkawan dengan kau kerana aku rasa kau adalah satu teman yang pernah aku rasa selesa untuk aku bercerita segala rasa resah, gundah, gembira, dan banyak lagi, menjadi diriku yang sebenar, malah menangis depan kau... aku mahu lebih mengenali kau yang pernah aku senangi. Tetapi, ternyata antara agenda kau berkawan denganku adalah untuk... beberapa perkara yang tak mudah untuk aku tuliskan di sini.


Jarang sekali aku berkira denganmu. Apa pun yang kau buat, "Tak apalah, dia baru mengenal dunia sosial agaknya", puas aku berbisik kepada hati kecilku, tapi kesabaran itu kan ada batasnya. Puas aku cuba membuat kau memahami kegelisahanku, tapi ada sahaja jawapan daripada kau. Maaf, tapi kata-katamu gagal mengaburiku. Sememangnya aku sudah berkawan dengan pelbagai jenis orang... dan kau sangat arif tentang itu, bukan? Baik, nerd, tulus, jahat, nakal, tapi harus aku akui, aku tidak mengetahui segala-galanya. Allah sahaja yang tahu segala-galanya kan? Jadi, apa perlu kau menipu aku? Dengan ini, aku rasa aku perlu perlahan-lahan menjauhi kau... sebelum aku gagal mengawal diri sendiri daripada melakukan perkara yang diingini tapi tak sepatutnya dilakukan terhadap kau.


p/s: This may refer to a few people. To those who can't tolerate annoyance, please don't bother reading this.

4 comments:

Elly Elinna said...

is it the same person who made you cried before?

zahirah ardy said...

... since i had set a certain distance from that person, so, tak rasa panas da dgn dia. ni orang lain :( sorang lagi :(((( but almost the same case, cuma yang ni... hard-headed sikit :P

Elly Elinna said...

ohh..shisya nanti kita buka cite eh ;)
aku pun macam nanti kena banyak tanya je ngn korang...ngeeee~

zahirah ardy said...

hee hee, really REALLLLLLY am looking fwd to it >_< haven't syishaed for almost 2 weeks >_< kyaaaaaa~ n haven't hung out with you guys for more than a month >_< mwuuuu.