Friday, July 3, 2009

tinggi

Suatu masa dahulu...

-----------------------------------------------------------

Bagai satu bintang di langit,
Tak mungkin berani aku menyentuh kau,
Kalaupun aku cuba terbang ke langit,
Sekali lagi mencuba untuk menggapai yang jauh,
Barangkali kau sudah tiada di situ,
Lepas sudah letusan supernova,
Si bintang mungkin sudah tidak menunggu,
Kerana si terang yang membuatku dongak ke langit sepanjang masa,
Sudah lama memancarkan cahayanya,
Cuma diri kecil ini sahaja,
Yang lewat menyedari teriakan minda,
Si egois akhirnya jatuh menyerah... hampa.


Bagaikan mitosis,
Dan aku adalah kromosom,
Sebelum minda gagal dalam krisis,
Aku hanya mampu tersenyum,
Sambil menghancurkan inginku yang satu,
Tak mungkin aku senang menjauhi separuh daripadaku,
Kau yang melengkapkan diriku,
Angan-angan yang sia-sia dibiar terjatuh terjelupuk kaku,
Apa berani aku cuba menahan kau,
Di sisiku kerana diri yang kecil sangat tahu,
Rendahnya harga di matamu,
Esok, lusa, barangkali dilupakan, siapa yang tahu?


Kaku, sejuk, seperti rigor mortis,
Bergetar hela nafasku,
Sambil membunuh perasaan seperti seorang 'masochist',
Biar saja hati yang kecil mati begitu,
Senyum, senyum juga aku padamu,
Seperti mayat hidup,
Hatiku dah lama membisu,
Mindaku dah lama tertutup,
Biar aku menjadi korban kepada mereka,
Menjadi liburan untukmu,
Maklum sudah dirinya tiada harga,
Kalau bukan untuk itu.

p/s: Tapi ini cerita dan tulisan yang lama. Berhabuk dah dalam 'almari'.

No comments: