Wednesday, September 16, 2009

there's a line drawn for everything

Bangangnya rasa apabila dalam keadaan begini.





Bangun lambat setiap hari untuk seminggu dah. Akibat terlampau selalu ditikam dari belakang, semangat aku dah lama mati. PBL dah berapa sesi aku ponteng, bukan sengaja, tapi sebab tertidur. Alhamdulillah, diri masih ada kesedaran sikit, jadi sudah menjadi kebiasaan untuk baca topik-topik dalam subjek perubatan lebih awal dari yang lain. Taklah terasa sangat bisa tertinggal kuliyah. Contohnya kuliyah bertajuk Oral Contraceptives hari yang lepas... Sebenarnya, awal minggu lagi sudah habis baca contraception dan contraceptives dalam Katzung dan Ten Teachers. Tapi kan lagi elok kalau boleh dengar orang yang berpengalaman bercerita di depan... mungkin boleh ingat dengan lebih mantap :P





Dalam setiap tahun, ada sahaja satu blok yang aku akan jadi terumbang-ambing. Dalam tahun 3 ni, rasanya blok 'reproductive' lah bloknya. Tahun 2 dulu blok 'musculoskeletal'. Tahun 1 dulu blok 'central nervous system'. Apabila memerhatikan trendnya, apabila hujung tahun semakin hampir, pandai pula otak menjadi pantas dengan tiba-tiba, lalu menangkap semula semua blok-blok gila ini. Alhamdulillah... Allah hanya memberikan ujian yang boleh ditanggung hamba-Nya, dah Allah banyak menguji hamba yang disayangi-Nya.





Harap-harap diri boleh berubah di eid ul-fitr kali ini. Harap-harap aku boleh lupakan segala dendam yang pernah aku simpan. Harap-harap aku boleh lupakan segala peristiwa yang membuatkan aku bermimpi buruk. Harap-harap aku boleh jadi anak, kawan, cucu, dan hamba Allah yang lebih baik, sebab... terus-terang aku katakan... aku rasa aku semakin hilang arah. I'm not giving my optimum performance currently.

1 comment:

faRha said...

ala...xpe
everybody has their own ups and downs in life
makin lama kat sini, makin la merasa macam2
you'll be amazed when you realize that you can go through the obstacles
:)