Wednesday, February 3, 2010

autobiography : aku sebuah laptop Usus... eh, bukan. aku sebuah laptop Asus.

Okay, since I didn't feel very good after answering my multiple choice questions (MCQ) paper (during which I took 40 minutes worth of nap) this morning, I think I'd like to write rubbish for once... or has it been a few times already? Or worse - MANY TIMES ALREADY?? AAAAAAAAAAAAAAAAAAA, ok. Let's proceed.

Tajuk Autobiografi : Aku Sebuah Laptop Usus


Hai, kalian. Nama aku ialah laptop Usus. Aku dilahirkan di kilang Asus dan menetap sementara di Sunway Pyramid di negara Malaysia di mana pekerja buruhnya jarang-jarang aku nampak terdiri daripada rakyat Malaysia sendiri. Malah, remaja Malaysia seringkali duduk di kedai-kedai seperti Starbucks tanpa membeli apa-apa pun. Barangkali, ibu bapa merekalah pemilik kedai itu. Sebab itu mereka duduk-duduk sahaja di situ.

Pada tahun 2008, seorang pelajar Universiti Sains Malaysia bernama Zahirah telah datang bersama ibu bapanya. Aku terdengar ibunya berkata, "Okay, jom cari Vaio. Wani pakai dulu elok tu", tapi pendapat tersebut terus disangkal oleh bapanya, "Ahhh, mana layak lagi dia ni. Beli yang murah dulu". Aku pun berdiri megah di situ, dikelilingi oleh laptop-laptop yang rata-rata dilengkapi RAM sebanyak 1gB. RAM aku pula 2gB. Sesuailah untuk orang yang pertama kali mahu membeli laptop.


Semasa zaman mudaku, tuan aku telah menjaga aku dengan baik sekali. Malah, dia telah melengkapkan aku dengan service packs yang sedia updated daripada pelbagai syarikat. Dia juga telah bla bla bla...


Pada suatu hari, tuan aku telah meminjamkanku kepada kawannya. Malang tidak berbau, kawannya dengan tidak sengaja menghentak sendiku ke atas bucu sebuah meja berhampiran Hotel Ridel, Kota Bharu. ARGH! Sakitnya, terasa seperti tulangku retak pula. Kalau aku diberi suara, mahu sahaja aku menjerit kepada Zahirah, "Cepat!! Hantar aku untuk computed tomography (CT) scan! Tulangku retak!". Lama kelamaan, sendiku mula menghasilkan bunyi patologi. Habislah...


Beberapa bulan selepas itu, aku dibawa naik kereta tuan aku. Kami pulang ke Subang menaiki kereta. Seorang kawan kepada tuan aku telah membawa kereta dengan agak ganas, lalu kami semua mengalami kemalangan. Aku tidak nampak apa-apa pun kerana keadaan dalam bahagian bagasi terlampau gelap. Terasa seperti berada dalam mesin basuh baju pula. Akibatnya, sendi-sendiku yang sudah retak terus patah dan hancur. Impak maksima sungguh.



Kini, inilah penampilan terbaruku. Aku tidak berupaya menjaga LCDku daripada dihinggapi semut. Oleh itu, tuan aku seringkali melihat semut bersiar-siar di atas permukaan LCDku. Lid aku juga sudah tidak selari dengan badanku. Kasihan aku terhadapnya. Tapi... jika diperhatikan touch padku, agak kasar juga tuan aku pakai aku. Mungkinkah aku akan diganti dengan abang yang lain?

- Tamat sudah -

Programs dia masih mantap... tapi sudah tidak berapa 'mobile'. Hm... bagaimana ni? Maaf, latar belakang agak berselerak, biasalah... musim peperiksaan, hoho :P

4 comments:

Elly Elinna said...

kinda funny lah! haha. bawak bersabar ya,nanti dapatlah yang baru. :)

jaja said...

zahirah, i'm using the exact same thing. and my lcd mcm urs jgak. mcm da nak tertanggal da kepala laptop i ni, goyang2. i nak tukar, but money is so out of the question skrg ni. :(

FurBall said...

post yg terbaek!!hahaha

Anonymous said...

zahiraaaaaahhhhhhhhh~sedihhhhhhh~sedih bg pihak laptop tu,bukan salah dia..hahahahahaha.. -fana-