Monday, February 22, 2010

tentang mereka


According to Reader's Digest, cyberspace may be critically congested by 2012 (if I'm not mistaken). Can that pass as an excuse to the current condition of the extremely sluggish internet connection in my university? Positive thinking, Cik Zahirah. It's good for your studies.


This is bad, this increasing addiction to syeesha is BAD! VERY BAD! Mana tak melayang duit, cuti yang baru sahaja lepas ini sampai dua bongs setiap malam. Ayat 'lame' kami (mengikut kata Izzi), "Esok tak nak syeesha dah lah", setiap malam selepas sesi lepak harian di As-Safa, Bandar Utama. Padahal, mesej yang agak sama isinya akan tiba setiap petang atau menjelang malam. Mesej-mesej tersebut biasanya mengandungi ayat ini, "Lepak As-Safa jom?". Waduh-waduh, bu', harus dijaga saluran peranakannya, bu'.


I'm missing quite a number of people right now - their presence, lame jokes, heart to heart talk sessions (kadang-kadang disalahguna sebagai sesi mengumpat, hm), and etc. I was thinking of uploading a few pictures of these people, but due to the 'fantabulastic' internet connection, I had to curb my intention.


My current thoughts (tak nak baca sudah, blog aku ni):
1. Phase 2 Professional exam is very near and it's super uber nerve-wrecking.
2. When am I going to finally start studying?
3. Aku mahu jumpa Farhanah Zullkefle dan melihat dia semakin chun dari hari ke hari. Haha.
4. Aku mahu jumpa Anith walaupun hampir setiap hari keluar dengannya semasa cuti.
5. Aku mahu jumpa Wan Athirah walaupun hakikatnya susah untuk berjumpa dengannya, tapi aku faham keadaannya.
6. Aku mahu jumpa Melissa dan gelakkan perangai barannya serta mendengarnya memaki-hamun pemandu-pemandu lain walaupun kadang-kala disertai dengan rasa tidak setuju dalam hatiku. Hoho.
7. Aku mahu jumpa Raja Izzi walaupun hampir setiap hari dia melabel aku sebagai antisosial. SoSial sungguh.
8. Aku mahu jumpa Azzahiri @ Jair untuk 'tong-tong' syeesha sama-sama dan mendengarnya berborak tentang kumpulan Rokustep yang sangat dibanggakannya :P
9. Aku mahu jumpa Ismail walaupun dia selalu bising tak memasal dan selalu memakai singlet putih yang boleh mengakibatkan aku mengalami episod 'post-traumatic stress disorder' berkali-kali.
10. Aku mahu jumpa Mimi walaupun persembahan silap matanya tidak berjaya menyilapkan mata aku (tatabahasa langgar ya).
11. Aku mahu jumpa Nadh walaupun jarang-jarang berborak dengannya, tapi di mana ada Mimi, di situ ada Nadh XD Nadh mesra orangnya :)
12. Aku mahu jumpa Zuleffendi @ Shin Chan walaupun dia boleh bercakap berjam-jam tanpa henti. Jangan manic sudah.
13. Aku mahu jumpa Czar (apa tah nama betul dia) @ Jaja supaya boleh paksa dia buat bentuk 'O' menggunakan apa-apa jenis asap yang dihembusnya.
14. Aku mahu jumpa Cik Camelle (tak reti eja T_T) supaya ada teman untuk balas balik lawak-lawak orang di atas dengan perkataan-perkataan berunsur perubatan kami.
15. Aku mahu jumpa Nasreeq Hafifi @ Fifi walaupun dia selalu 'pao' syeesha aku.
16. Aku mahu benar-benar bermain bersama kugiran asalku, Apple Danish walaupun sudah berkali-kali perancangan kami dibatalkan. Terasa hampa juga hatiku, kadang-kadang timbul pula syak wasangka yang tidak elok, tetapi sebaik perancangan kita, perancangan Allah adalah yang paling ulung dan muktamad.
17. Dan perkara yang ini duduk di tangga yang terakhir kerana perkara inilah yang aku benar-benar fikirkan sekarang - aku mahu jumpa Umi (walaupun selalu cuba mengorek rahsia aku), Ayah (nasihat-nasihatnya aku pakai setiap hari, setiap jam), Ahmad (apa khabar anda di Pondok Pasir Tumboh?), Wani (aku tahu kau gembira di sana. Alhamdulillah), Along (walaupun selalu jadikan aku kuli batak untuk buat semua kerja tukang di rumah. Along, Ira adik perempuan kau ya, bukan adik lelaki), dan Kak Jannah (rindu masakan ala Uminya).


Tolonglah faham, aku perlukan jaringan internet yang mantap. Tak mantap sangat pun tak apalah, asalkan aku boleh upload gambar. Kiriman blog kali ini terlampau banyak perkataan, aku pun terasa nak buta apabila membacanya kembali.

4 comments:

mel said...

hahahahahahaha
kutukkan terhadap pemandu adalah perlu di sini yaa untuk mereleasekan tension haha :D

Anonymous said...

aww peah.nama aku ada diatas.
so sweeettt! :)
-tra

zahirah ardy said...

shiznit, guys, i'm still waiting for my new Asus adapter. petang semalam aku hantar dah, will get it soon, insyaAllah, and your blog will be completed in no time :P

Anonymous said...

zahirah~~~ <3 <3 <3 <3 <3
hang pun makin hot+cantik setiap kali jumpa.. (-_^)v
-fana-