Thursday, October 14, 2010

Melayu

Oh bangsaku, bercakap dengan semangat, bercakap juga. Bukankah lagi elok kalau diiringi dengan tindakan? Kenapa selalu lari daripada kerja dan tanggungjawab? Kenapa suka bermalas-malas? Kenapa terlampau kuat berhibur dan tak peka dan tak tahu keutamaan? Kenapa kita terpaksa banyak bergantung dengan bangsa lain? Apabila diberikan sedikit pada bangsa lain, kita kuat melatah. Kononnya, ini negara MALAYsia. Tapi apa yang kau berikan kepada tanah air sendiri? Apa yang kau usahakan untuk tempat lahir nenek moyang kita ini? Kau berani kata kau lebih kuat berusaha daripada bangsa yang lain? Kau berani? Apabila orang kata kita malas, kau melatah sekali lagi. Kau kata jangan disamakan dengan yang lain. Tapi kalau sudah majoriti daripada kita bersikap acuh tak acuh, buat kerja separuh jalan, masakan yang lain tidak berpandangan begitu. Kalau kita sudah ada pepatah, "Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga", kalau nila itu lebih dari setitik? Malah terlampau banyak nilanya hingga tak terkata, tak perlulah kau mahu sibuk mencarut, memaki yang lain. Tepuk dada, tanya selera. Siapa sebenarnya yang bersalah?


Apabila yang lain kata kita terlampau dimanjakan, kau tipu diri sendiri dan katakan kau sememangnya sudah melalui kesusahan, yang kalau mahu dibandingkan tak sebesar mana pun. Itulah hakikatnya, mahu masuk sekolah, kerajaan sudah sediakan. Mahu masuk IPTA, kerajaan sudah sediakan kuota yang sangat besar untuk kita. Mahu dapatkan biasiswa, pun ada kuota yang besar untuk kita. Semuanya datang dengan senang. Cuba kau bandingkan dengan orang negara lain. Kita memang sudah dimanjakan. Tapi kalau kita tak cuba pelihara, jaga kesenangan yang kita dah dapat, bersedialah untuk lepaskan negara kita kepada yang lain. Dan jangan kau berani mencemuh, mengambil ringan usaha bangsa lain. Usaha mereka banyak menolong kita. Hargailah apa yang kita ada.


Ayah told me this - ada kajian dibuat, setiap keluarga yang senang akan kembali susah dari segi kewangan apabila masuk generasi ketiga atau keempat. Something for us to think of.

No comments: